Monday, November 28, 2011

SIH@t D@L@M TIDUR

TIDUR MENIARAP

Sekiranya kita meniarap semasa tidur,kita pasti akan berasa sesak nafas dalam tempoh yang singkat kerana tulang belakang yang terletak di atas akan  menghalang otot-otot dada berkembang semasa menyedut dan menarik nafas.Kita juga pasti akan berasa senak perut,sakit leher & sakit-sakit badan.Maka meniarap bukanlah cara yang terbaik untuk tidur.Lebih menakutkan lagi,ia boleh menyebabkan kegagalan paru-paru & otak kerana kekurangan oksigen.
 Malahan para pengkaji dari Australia mendapati peningkatan jumlah bayi yang mati mengejut adalah kerana ditidurkan dengan cara meniarap.Namun bagi bayi yang ditidurkan dengan cara mengiring,jumlah kematian bayi secara mengejut adalah hampir tiada.


TIDUR MENELENTANG

Berbaring menelentang semasa tidur merupakan cara yang paling kerap diamalkan oleh semua peringkat usia.Bahkan ramai yang menggemari cara ini dan beranggapan bahawa inilah cara yang terbaik.Namun cara seperti ini akan menyebabkan mulut terbuka semasa tidur kerana otot rahang sebelah bawah merenggang.Ini menyebabkan udara yang disedut ke paru-paru akan melalui mulut,bukannya hidung.    
 Perlu kita ingat bahawa hidung merupakan organ pernafasan yang sangat penting yang dicipta oleh Allah S.W.T. Bulu hidung dan kelenjar-kelenjar mukus berfungsi untuk menapis dan melembabkan udara sebelum ia masuk ke dalam paru-paru.Bahagian dalam hidung juga dipenuhi dengan salur darah yang berfungsi untuk memanaskan udara yang sejuk agar udara itu sesuai dengan suhu badan.
Maka tidur melentang akan menyebabkan udara yang tidak bertapis masuk melalui mulut dan terus ke paru-paru kita.Ini akan mendedahkan kita kepada penyakit batuk,sakit tekak dan juga jangkitan kuman pada paru-paru.Malahan seseorang itu juga mudah terdedah kepada kekeringan gusi dan menyebabkan keradangan.
Tidur dengan cara melentang juga boleh menyebabkan kita berdengkur.Kita mungkin tidak tahu akan hal ini melainkan diberitahu oleh kawan-kawan atau ibubapa kita.Jika kita tinggal di asrama,kita pasti akan menjadi bahan gelak kawan-kawan keesokan hari nanti.

MENGIRING SEBELAH KIRI
Tidur mengiring ke sebelah kiri juga tidak digalakkan kerana jantung akan ditindih oleh paru-paru kanan yang saiznya lebih besar berbanding paru-paru sebelah kiri.Ini akan melemahkan denyutan jantung terutama bagi mereka yang menghidap masalah jantung. 
Sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh saintis yang bernama Galteh mendapati bahawa pergerakan makanan dari perut ke usus kecil mengambil masa hanya 5 jam setengah(jangka maksimum)jika seseorang itu tidur dengan mengiring sebelah kanan manakala ia mengambil masa 5 hingga 8 jam jika mengiring ke sebelah kiri.


MENGIRING SEBELAH KANAN


Ini merupakan posisi yang terbaik untuk kita tidur sepanjang malam.Kita mungkin tidak biasa,tetapi jika diamalkan kita akan merasai kesannya.Tidur dengan cara ini akan membantu mempercepatkan pencernaan,mengurangkan tekanan mekanikal ke atas jantung dan juga menapis serta melembabkan udara yang masuk ke dalam paru-paru.



RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG BERMAKSUD:

"APABILA KAMU HENDAK TIDUR,AMBILLAH WUDUK SEPERTIMANA KAMU HENDAK MENUNAIKAN SOLAT,KEMUDIAN BERBARINGLAH DENGAN MENGIRING KE SEBELAH KANAN."

Menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w untuk tidur dengan mengiring ke sebelah kanan dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan,dan inilah cara yang betul yang dijarkan oleh nabi kita.

Jadi dengan mengamalkan tidur ke sebelah kanan kita bukan sahaja mendapat pahala kerana mengamalkan sunnah,malahan juga tubuh badan kita menjadi lebih sihat.

WALLAHUA'LAM..... 



No comments:

Post a Comment