Friday, December 24, 2010

7 macam pahala dinikmati selepas mati

Dari Anas r.a berkata bahawa terdapat tujuh macam pahala yang akan diterima oleh seseorang itu selepas dia mati.

1)Sesiapa yang mendirikan masjid,maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2)Sesipa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun,maka pahal akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.

3)Sesiapa yang menulis mushaf (al-quran)atau kitab,dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4)Orang yang menggali perigi,selagi mana ada orang yang menggunakannya.

5)Sesiapa yang menanam tanaman-tanaman,selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6)Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna,selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7)Orang yang meninggalkan anak yang soleh,lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibubapanya itu.Iaini anak yang selalu diajari ilmu al-quran,maka orang yang mengajarkannya akan mendapat pahala selagi  anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.




Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW bersabda:"apabila telah matinya anak adam itu,maka terhentilah amalannya melainkan tiga macam:
1)Sedekah jariah
2)Ilmu yang berguna dan diamalkan
3)Anak yang soleh mendoakan kedua orang tuanya". 

Beramal dengan ikhlas


hah!apa itu beramal dengan ikhlas?mari kawan2 kite bace kisah ini.........

Telah berkata Mu'az bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Aku akan menceritakan kepada kamu semua sebuah hadis yang belum pernah diceritakan oleh mana-mana nabi pun kepada umatnya,jika kamu ingat-ingat bererti akan berguna bagimu dan jika kamu mendengar dan tidak ingat-ingat maka putuslah hujahmu di sisi Allah SWT pada hari kiamat.

Sabda Rasulullah SAW lagi:"Sesungguhnya Allah telah menjadikan 7 malaikat sebelum menjadikan langit dan bumi setiap langit ada seorang malaikat dan setip pintu ada penjaganya dari mereka".

Malaikat yang mencatat amal akan mencatat amal seseorang hamba itu dari pagi hingga ke petang dan kemudiannya membawa naik ke langit amalnya dengan bercahaya bagaikan matahari hingga sampai ke langit dunia dengan perkiraan amal seorang hamba itu cukup baik dan banyak,tiba-tiba malaikat berkata"berhentikan dan lemparkan amalan itu ke muka orangnya dan katakan semoga allah ta'ala tidak mengampunkan padamu,aku bagaikan ghibah,sedang ia selalu mengibah orang-orang muslim kerana itu aku tidak mengizinkan ia melintasi tempat ini kepada lain-lainku".lalu malaikat hafadhah yang lainya membawa naik amal hamba lain yang bercahaya terang sampai ke langit kedua.malaikat berkata"berhenti!dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakan bahawa Allah SWT tidak mengampunkan baginya sebab ia beramal untuk mencari kemewahan dunia".berkata lagi malaikat tersebut:"Aku adalah bahagian urusan dunia,aku tidak dapat membiarkan amalnya melintasi daripadaku".setelah itu naiklah pula malaikat yang membawa amal hamba yang dihiasi dengan sedekah dan sembahyang,sampai kagum malaikat hafadhah,apabila sampai ke langit yang ketiga,maka berkatalah malaikat di situ:"Berhenti!dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakan bahawa allah swt tidak mengampunkan baginya".berkata malaikat itu lagi:"Aku adalah bahagian sombong,dan setiap orang yang beramal tetapi meyombongi orang di  majlis-majlis mereka,maka Allah SWT telah menyuruh aku tidak melepaskan amal orang itu melebihiku kepada yang lain".Kemudian malaikat hafadhah amal orang yang berkilauan bagaikan bintang kerana ia bertasbih dan berpuasa,apabila sampai di langit yang keempat lalu berkata malaikat disitu:"Berhenti!Lemparkan amal orang itu ke mukanya dan berkata padanya Allah SWT tidak mengampunkan baginya".berkata malaikat itu lagi."Aku adalah bahagian bangga diri.Allah SWT yang menyuruh aku supaya tidak membiarkan amalnya melebihiku kepada orang lain".lalu dilemparkan amal orang itu ke mukanya dan disertai dengan kutukan laknat selama tiga hari.Setelah itu naik pula malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dihantar oleh malaikat bagaikan pengantin yang akan dihantar kepada isterinya.lalu sampai ke langit yang ke lima,penuh jihad sembahyang.kemudian berkata malaikat yang bertugas di situ"Berheti dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan pikulkan atas bahunya.sebab dahulu dia menghasut orang yang belajar bab beramal kepada Allah SWT.dia hasad dengki pada mereka dan selalu mancaci mereka."maka dipikulkan di atas bahunya sambil dilaknat seumur hidupnya.kemudian datang lagi malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dilengkapi dengan wuduk dan sembahyang malam yang banyak.apabila sampai ke langit yang ke enam maka berkata malaikat yang bertugas di situ katanya."Berhenti!Lemparkan amal orang itu ke mukanya.,"berkata malaikat itu lagi.:"Aku adalah malaikat bahagian rahmat,orang itu tidak mempunyai rasa rahmat pada sesiapa pun.bahakan bila ia melihat orang terjerumus ke dalam lembah dosa atau bahaya dia mengejek dan mencemuh orang itu.dan Allah SWT telah menyuruh aku supaya amalannya tidak boleh melampaui aku ".datang malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang penuh dengan kejujuran,kerajinan,warak dan bercahaya bagaikan kilat.setelah sampai ke langit yang ketujuh maka berkatalah malaikat yang bertugas di situ:"Berhenti!Lemparkan amal orang itu ke mukanya dan tutup hatinya.aku adalah malaikat bahagian hijab,menutup jalan pada amal yang bukan kerana Allah Ta'ala.sebab dia hanya menginginkankedudukan dan nama di maljlis dan di kota-kota.oleh itu,aku telah diperintahkan oleh allah swt supaya tidak melepaskan amalt itu melebihi daripada aku".Kemudian datang malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang berhias dengan akhlak,suka berdiam diri dengan zikir yang banyak.amalannya dihantar oleh malaikat sampai dibawah arsy .lalu mereka bersaksi diatas semua amal itu.kemudian Allah SWT berfirman :" Kamu mencatat amal hambaku dan aku yang mengawasi hatinya.dan dia tidak beramal untuk keredhaan-ku,dia beramal untuk selain-ku.maka dia mendapat laknat(kutukan-ku)."berkata semua malaikat yang menyaksikan tadi:memang selayaknya dia mendapat laknat-mu dan laknat kami."berkata penduduk langit:"ia mendapat Allah SWT dan laknat tujuh petala langit dan bumi serta laknat kami"setelah mendengar apa yang Rasulullah SAW meceritakan itu maka Mu'adz pun menangis dan ia bertanya:"ya Rasulullah!apakah yang harus aku buat?"Rasulullah SAW berkata:hai Mua'dz ikutilah jejek nabimu dan teguhkan keyakinanmu walaupun amalanmu kurang.hentikanlah lidahmu dari berkata-kata hal saudaramu.hendaklah selalu ingat akan dosa-dosamu dan jangan kamu tangguhkan dosa itu pada  orang lain(yakni jika kamu bersalah jangan menuduh orang lain).jangan memuji-muji dirimu dengan menghina orang lain.dan jangan sombong diri dengan merendahkan saudara-saudaramu.dan jangan beramal untuk dilihat atau dipuji oarang(riak)".   

Saturday, December 18, 2010

adab terhadap al-quran

assalamualaikum dan salam ukhuwah.mari baca artikel ini!

al quran
Pada entri kali ini saya ingin berkongsi nota ringkas tentang Adab Terhadap al-Quran yang diambil dari buku “at-Tibyan Fi Adab Hamlatul Quran

  1. Beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian al-Quran adalah keunggulan yang tertinggi.
  2. Merupakan mukjizat terbesar Rasulullah S.A.W.
  3. Berwudhu’ terlebih dahulu sebelum membaca atau mengambil mushaf al-Quran.
  4. Mengambil dengan menggunakan kedua tangan secara sopan.
  5. Membawa al-Quran dengan tangan kanan serta ditinggikan melebihi dari paras pusat.
  6. Meletakkan al-Quran di tempat yang lebih tinggi dari tempat kaki berpijak/lantai.
  7. Membaca dalam keadaan suci daripada najis .
  8. Duduk menghadap Qiblat jika suasana memungkinkan.
  9. Membuka mushaf dengan tangan kanan.
  10. Memakai pakaian yang menutup aurat, cantik, kemas dan bersih.
  11. Memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.
  12. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  13. Elakkan dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca al-Quran.
  14. Jangan bergurau dan bermain-main ketika membaca al-Quran.
  15. Berada dalam keadaan tenang dan duduk dengan penuh tertib.
  16. Berusaha untuk memahami ayat-ayat yang dibaca dan mengamalkannya.
  17. Menjaga hak setiap huruf sehingga jelas dan betul sebutannya.
  18. Membaca mengikut tertib mushaf.
  19. Berhenti membaca apabila terasa mengantuk dan menguap.
  20. Membaca al-Quran di tempat yang bersih dan suci.
  21. Memulakan bacaan dengan isti’azah dan disudahi dengan membaca : صَــدَ قَ الـلّـــــــــهُ الْــعَــظِــيْـــمُ
  22. Tutup al-Quran dengan tangan secara sopan dan mengembalikannya ke tempat yang terhormat dan bersih.

Saturday, November 6, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.     Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.      Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.     Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..          Wajburnii (tutuplah aib-aibku)             Warfa'nii (angkatlah darjatku)             Warzuqnii (berilah aku rezeki)             Wahdinii (berilah aku petunjuk)             Wa'Aafinii (sihatkan aku)              Wa'fuannii (maafkan aku)      Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita  betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.  

Saturday, October 16, 2010

Pohon Gharqad - Persiapan Menjelang Perang Akhir Zaman (Yahudi - Islam )

Nabi Muhammad bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
"Tidaklah akan berlakunya qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya)".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Pokok ini banyak di tanam di Israel kerana orang-orang Yahudi Israel lebih senang mencari perlindungan dari ditangkap dan dibunuh oleh Tentera Muslim.

Kenali Pohon Gharqad

Pohon Gharqad di tanam hampir disetiap rumah orang yahudi

Gharqad (Lycium) merupakan satu genus pokok yang mengandungi kira-kira 90 spesies yang tumbuh di zon beriklim sederhana dan subtropika. Selain itu pokok ini juga banyak ditanam di Israel.
Kegunaan utamanya ialah sebagai tumbuhan perubatan.

Penanaman pohon ini dijalankan secara meluas dilembah suci Israel

TEMPAT-TEMPAT PENANAMAN POHON YAHUDI DI WILAYAH PALESTIN

1. Hutan laut tengah dan hutan semak belukar (2209 spesies).
2. Semi padang rumput dan hutan semak belukar (1434 spesies).
3. Semak belukar yang berumput (1062 spesies).
4. Padang pasir dan padang pasir yang ganas (1058 spesies).
5. Tumbuh-tumbuhan hijau di Gunung Hermon (991 spesies).

  

SIFAT POHON GHARQAD

Pohon yang berduri keras dan durinya beracun, tingginya biasanya mencapai 1-2 meter,. Akarnya mengeluarkan duri dan zaghab (bulu), khususnya pada bahagian hujung. Daunnya berbentuk seperti senduk kecil, berwarna hijau segar, biasanya sekumpulan 3 daun dilengkapi dengan duri-duri di sampingnya. Sedangkan bunganya berwarna putih kebiru-biruan, dan buahnya berwarna merah seukuran dengan biji buahhimsh, kurang lebih seperti itu.Manfaat perubatan : untuk mengubati penyakit tidak lawas kencing, dan buahnya bermanfaat untuk mengubati penyakit usus besar (anat), dan untuk mengubati penyakit kuning. Pohon ini selalu berdaun di sepanjang musim, bunganya berbentuk buqiyyah (seperti terompet), dengan warna merah lembayung (violet) cerah, atau putih dengan lima daun, buahnya bulat dengan warna oren atau merah, lebih kecil daripada biji himsh (dalam bhs Inggris: chick-pea), buahnya boleh dimakan, tetapi rasanya masam seperti tomato. Biasanya haiwan seperti unta jika sakit akan mencari dan mendatangi pohon ini untuk dimakan. Pada musim tertentu, pohon ini dipenuhi oleh burung, dan burung pemangsa kecil seperti shurad menggunakannya untuk menyimpan mangsa di duri-durinya. Pohon ini hidup untuk waktu yang lama, tingginya kira-kira 2 meter, daun-daunnya seperti lingkaran, diselingi oleh duri-duri tajam, bunganya putih pucat dengan ukuran kecil, buahnya merah dan kecil seperti tomato. Disebut dengan al-Misha', ia adalah makanan kesukaan burung hubara (jenis burung berbadan besar dan berkaki panjang). Dialah pohon Yahudi yang sekarang ini Bangsa Yahudi beramai-ramai menanamnya, kerana orang yahudi telah maklum dengan lebih awal tentang peperangan akhir zaman yang bakal berlaku seperti yang telah disebutkan didalam hadis.


Yahudi menjalankan projek penanaman pohon ini secara besar-besaran di lembah suci Israel melalui kempen-kempen yang telah dijalankan dan antaranya melalui laman web :



Penanaman secara besar-besaran telah dilakukan sejak sekian lama...

1910- Pekerja Yahudi mengangkut tanah ke Tel Aviv
1936 - Kanak2 turut mengambil bahagian menanam pokok di Tel Aviv.
1937 - Ahli Kibbun Eis Hashofet membuat persiapan tanah untuk penanaman di Ephraim Hills
1947 - sistem pengairan menggunakan kuda utk semaian baru.
sistem pengairan secara tradisional
1944 - saluran laluan air untuk tujuan pengairan
1947 - pembinaan "water reservoir" memajukan sistem pengairan
1952 - tempat jagaan anak-anak pokok di Ein Hoshofet
1976 - sistem kawalan pengairan automatik ciptaan Israel
1985 - Komuniti Yahudi Ethopia dlm keraian penanaman pokok2 sempena mengenangkan saudara2 mrk yg terkorban smasa perjalan ke "Promised Land"
1999 - Ketua Rabbi Israel,Yisrael Lau menanam pokok di Knesste Garden.

Sesungguhnya janji Allah pasti akan berlaku,peperangan akhir zaman Yahudi-Islam  tidak dapat dielakkan lagi...dan waktunya telah terlalu hampir,bangsa Yahudi telah membuat persiapan mereka.....tetapi apa pula persiapan kita ummat Islam?


Wallahu'alam

Wednesday, September 15, 2010

Cinta Kerana Allah

Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT.

Keutamaan Cinta Kepada Orang Beriman

Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya.  Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
 
 «إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ: يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلاَلِ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي؟»

Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”
Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

 
«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لاَ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَ لاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ، أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ»


Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana  jika kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! (HR. Muslim).
Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.

Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:
 
 «لاَ يَجِدُ أَحَدٌ حَلاَوَةَ اْلإِيمَانِ حَتَّى يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ ِللهِ...»

Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata. (HR. Bukhari).

Hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban, ia berkata:
 
«يَا رَسُولَ اللهِ، الرَجُلُ يُحِبُّ القَوْم لاَيَسْتَطِيْعُ أَنْ يَعْمَلَ بِأَعْمَالِهِم، قَالَ: أَنْتَ ياَ أَبَا ذَرٍ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ. قَالَ: قُلْتُ فَإِنِّي أُحِبُّ اللهَ وَرَسُوْلَهُ يُعِدُها مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ»

Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda, “Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 
«مَنْ أَعْطَى ِللهِ وَمَنَعَ ِللهِ وَأَحَبَّ ِللهِ وَأَبْغَضَ ِللهِ وَأَنْكَحَ ِللهِ فَقَدْ اسْتَكْمَلَ إِيمَانَهُ»

Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. (HR. Al-Hakim)

Ciri-ciri Utama Orang Bertakwa

Seperti yang kita ketahui bahawa segala bentuk ibadah kepada Allah SWT di dalam ajaran Islam adalah untuk membina manusia menjadi insan yang bertakwa.
 
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
 

“Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang terdahulu (daripada kalian), supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.” (TMQ Al-Baqarah[2]: 21)

Hal ini termasuklah ibadah puasa yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan, adalah semata-mata untuk melahirkan insan yang bertakwa. Persoalannya adalah, apakah kriteria yang sebenarnya untuk menjadi insan yang bertakwa di sisi Allah SWT? Di dalam Al-Quran terdapat banyak sekali ayat yang menggambarkan ciri-ciri orang yang bertakwa. Misalnya firman Allah SWT:

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
(TMQ Al-An’am[6]: 32)

Berdasarkan ayat di atas, jelas sekali bahawa Allah SWT menghendaki sesiapa yang ingin mendapatkan status takwa dalam dirinya agar memandang bahawa kehidupan di akhirat yang kekal dan hakiki, adalah lebih baik daripada kehidupan di dunia yang fana dan menipu. Hal ini sejajar dengan gambaran di dalam ayat yang lain, iaitu:
 
“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi Segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan Dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan Yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat)”(TMQ Al-Ankabut[29]: 64)
Allah SWT menghendaki agar orang yang bertakwa memandang kehidupan akhirat dengan penuh kesungguhan. Ini kerana, di sanalah kehidupan hakiki yang akan dijalani oleh manusia. Sedangkan di dunia, Allah SWT menghendaki agar orang yang bertakwa untuk bersikap sewajarnya dan tidak lalai dalam usaha untuk meraih keberhasilan dunianya. Ini kerana Allah SWT menggambarkan kehidupan dunia ini sebagai tempat di mana manusia hanya sekadar bermain-main dan bersenda-gurau.

Di dunia, pada hakikatnya manusia tidak akan pernah meraih kebahagiaan dan penderitaan yang bersifat hakiki. Ini kerana, hanya di Syurgalah tempat yang hakiki bagi para pemilik kebahagiaan. Manakala neraka adalah tempat bagi pemilik penderitaan yang sebenarnya. Maka dari itu, alangkah naif, hina dan ruginya bagi orang yang sanggup mempertaruhkan kehidupan abadinya di akhirat kelak dengan alasan ingin merebut keberhasilan dunia. Sungguh orang-orang yang hidup dengan pemikiran sekular seperti itu tentu akan sangat menyesal ketika ia menyedarinya kesalahannya di akhirat kelak. Pada hari itu (hari hisab), penyesalan atas kekeliruan mereka sudah terlambat dan tidak akan berguna bagi mereka.

“Dan mereka berkata: Kalaulah Kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang Yang mencari kebenaran), tentulah Kami tidak termasuk Dalam kalangan ahli neraka. Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang Yang kufur ingkar), maka tetaplah JauhNya rahmat Allah dari ahli neraka.” 
(TMQ Al-Mulk[67]: 10-11)
Maka benarlah ketika Allah SWT memerintahkan Nabi SAW agar menjauhkan dari golongan pencinta dunia. Sebab mereka tidak pernah peduli dengan peringatan yang datang dari Allah dan RasulNya.

“Oleh itu, janganlah Engkau (Wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata. (Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir daripada pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang mendapat hidayah petunjuk.”
 (TMQ An-Najm[53]: 29-30)

Nabi SAW juga memperingatkan dengan jelas dalam sebuah hadisnya tentang kesan negatif pemburu dunia.

مَنْ كَانَتْ الدُّنْيَا هَمَّهُ فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ

Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, nescaya Allah SWT mencerai-beraikan urusannya dan dijadikan kefakiran di hadapan kedua matanya dan Allah tidak memberinya dari harta dunia ini, kecuali apa yang telah ditetapkan untuknya.”
 (HR Ibnu Majah, 4095)

Di sisi lain, Nabi SAW pula menjelaskan manfaat yang diperoleh bagi orang bertakwa, yang menjadikan akhirat sebagai tumpuan utamanya.

“Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai keinginannya, nescaya Allah SWT kumpulkan baginya urusan(dunia)-nya dan dijadikan kekayaan di dalam hatinya dan didatangkan kepadanya dunia bagaimana pun keadaannya.”
 (HR Ibnu Majah, 4095)

Tuesday, September 7, 2010

dosa tinggal solat lagi besar dari dosa berzina....

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.


          Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.


           Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.


          Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.


          Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.


          Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.


         Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.


         Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”


          Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yangmeninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”


          Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.


          Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.


         Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.