Wednesday, July 17, 2019

Indahnya Ujian itu jika memandangnya dari sudut yang positif

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah, setelah sekian lamanya aku tidak update di dalam bolg ni. Kini masanya telah tiba. dalam quran, surah al-ankabut, Allah menyebut seorang hamba tu x dikira beriman selagi dia tidak diuji. jadi, jika kita mengaku sebagai orang yang beriman, sudah tentu kita akan diuji. Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah atau ujian dalam kehidupan.
Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Hadapi setiap ujian yang mendatang dengan tenang. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?
Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
Diri ini juga termuhasabah dan saya berharap anda juga berasa hal yang sama...sekian