Wednesday, November 23, 2011

games yang menghina islam!wajib tahu & baca

1) Devil May Cry 3


KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.


Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut...

 Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.
 

Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki


Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.



Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia


Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

6) Stronghold Crusader


Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:



Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:



Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

UPDATED @ 5/3/2011
8) Resident Evil 4


Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.

 Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut

 Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

 Zoom pada pintu tersebut. 

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.

Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.
9) Dante's Inferno


Dante’s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of Hell) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti Lust, Gluttony, Greed, Anger, Violence, dan lain sebagainya. Dante adalah karakter yang di adaptasikan dari nama Dante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.


Jadi apa yang tak kena dengan game ni?. Game ni sebenarnya telah meletakkan Nabi Muhammad SAW ke dalam Neraka!!!.

Menurut dari website Gameslatest: Middle East avoids Dante’s Inferno (Post ni sekarang dah kena delete) =(

Menurut dari website Gameslatest di atas bahawa Timur Tengah telah mengharamkan game Dante's Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu EA Games kerana "keutamaan selera pelanggan, campuran platform dan faktor lain". Faktor lain? ya, faktor lain seperti penyair Dante (pejuang zaman perang salib III), menempatkan Nabi Muhammad, nabi palsu dalam lubang neraka. Mengapa Islam ingin membantu mempromosikan di kalangan pengikut-pengikutnya satu videogame yang berdasarkan Divine Comedy nabi palsu yang menempatkan mereka di neraka?. Berdasarkan maksud tersirat pada "sajak suci" ianya dari Inferno Canto XXVIII:

No barrel, even though it's lost a hoop
or end- piece, ever gapes as one whom I
saw ripped right from his chin to where we fart:
his bowels hung between his legs, one saw
his vitals and the miserable sack
that makes of what we swallow excrement.
While I was all intent on watching him,
he looked at me, and with his hands he spread
his chest and said: "See how I split myself!
See now how maimed Mohammed is! And he
who walks and weeps before me is Ali,
whose face is opened wide from chin to forelock.
And all the others here whom you can see
were, when alive, the sowers of dissension
and scandal, and for this they now are split.
Behind us here, a devil decks us out
so cruelly, re-placing every one
of this throng underneath the sword edge when
we've made our way around the road of pain,
because our wounds have closed again before
we have returned to meet his blade once more.
But who are you who dawdle on this ridge,
perhaps to slow your going to the verdict
that was pronounced on your self-accusations?
"Death has not reached him yet," my master answered,
"nor is it guilt that summons him to torment;
but that he may gain full experience,
I, who am dead, must guide him here below,
to circle after circle, throughout Hell:
this is as true as that I speak to you."
Inferno XXVIII

Ada sesiapa paham tak? XLAWS serius tak paham. Kalau paham kongsi la kat sini ye. Ada la maksud tersirat di dalam tu... 

"See how I split myself!"
"See now how maimed Mohammed is!"

Dante Alighieri (1265-1321), sasterawan besar Italy, dalam Inferno-nya mengatakan bahawa Nabi Muhammad dan sahabat Baginda, Ali bin Abi Talib, dihumbankan ke dalam neraka tingkat ke lapan, kerana ia telah memecah belah masyarakat dengan ajarannya dan menabur kekejian selama hidupnya.

Inferno XXVIII, 19-42.

The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated. Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.

Gambaran ilustrasi di atas adalah yang diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk ada yang telahpun membuat satu filem bisu pada tahun 1911 (The 1911 Italian silent film L’Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed is shown with his entrails hanging out).

Jadi game Dante's Inferno ni telah menerapkan nilai-nilai negatif dan berunsur penghinaan kepada umat Islam sedunia dari sajak Dante Alighieri. Ianya sungguh membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan di bawah sedar terhadap kepada sesiapa yang main game tersebut dan ianya haram dibeli dan haram dimainkan oleh orang Islam. Generasi muda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan permainan terbabit yang boleh menyebabkan kerosakan akidah.

Saturday, June 11, 2011

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_<”   Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan d...an membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”   Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.   Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.   Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.   Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,   ✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”   Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.   ✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”   Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.   ✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”   Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.   ✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”   Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.   Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?   Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.   ✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”   Satu suara menjelaskan kepada saya.   Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.   Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.   Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.   ✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.   ✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?   ✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"   Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.   “Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”   p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..   ❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤

Friday, June 3, 2011

Madah buat Hawa

Assalamu’alaikum....
Buat sahabatku yang bergelar wanita, di luar sana banyak berlaku kejadian yang sukar kita terima sebagai kenyataan... mawar yang baru mekar di taman sudah dipetik dengan kasar...alangkah pedihnya di hati ketika mendengar rintihan-rintihan si hawa yang ternoda....alangkah risaunya aku mengenang nasib kaumku yang sudah tiada seri...pedih,sedih,perit,sakit,luluh,keluh....tiada daya lagi untukku luahkan...betapa risaunya aku pada kalian.....jagalah....jagalah mahkota dan kecantikan kalian....janganlah dibiar terdedah untuk ditatap,janganlah dibiar terbuka untuk disentap....akhirnya disentuh dengan begitu lahap.............renungkanlah wahai hawa......

Buat hawa yang disayangi... ingatlah..hidup di dunia hanya sementara.. segala-galanya adalah pinjaman daripada Khaliq utk kita... jadi,jagalah hiasan kalian...jangan dibiar terdedah mengikut hawa nafsu semata-mata.. ingatlah...setiap anggota yang terdedah,akan dipersoalkan di sana dan ketika itu mulut hanya mendiamkan diri kerana mulut ketika itu tidak dibenarkan untuk berkata-kata.... jadi,sama-sama lah kita menghiasi diri kita dengan hiasan yang sebaiknya dan ingatlah seindah hiasan adalah wanita solehah....................

Friday, December 24, 2010

7 macam pahala dinikmati selepas mati

Dari Anas r.a berkata bahawa terdapat tujuh macam pahala yang akan diterima oleh seseorang itu selepas dia mati.

1)Sesiapa yang mendirikan masjid,maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2)Sesipa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun,maka pahal akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.

3)Sesiapa yang menulis mushaf (al-quran)atau kitab,dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4)Orang yang menggali perigi,selagi mana ada orang yang menggunakannya.

5)Sesiapa yang menanam tanaman-tanaman,selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6)Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna,selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7)Orang yang meninggalkan anak yang soleh,lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibubapanya itu.Iaini anak yang selalu diajari ilmu al-quran,maka orang yang mengajarkannya akan mendapat pahala selagi  anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.




Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW bersabda:"apabila telah matinya anak adam itu,maka terhentilah amalannya melainkan tiga macam:
1)Sedekah jariah
2)Ilmu yang berguna dan diamalkan
3)Anak yang soleh mendoakan kedua orang tuanya". 

Beramal dengan ikhlas


hah!apa itu beramal dengan ikhlas?mari kawan2 kite bace kisah ini.........

Telah berkata Mu'az bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Aku akan menceritakan kepada kamu semua sebuah hadis yang belum pernah diceritakan oleh mana-mana nabi pun kepada umatnya,jika kamu ingat-ingat bererti akan berguna bagimu dan jika kamu mendengar dan tidak ingat-ingat maka putuslah hujahmu di sisi Allah SWT pada hari kiamat." 

Sabda Rasulullah SAW lagi:"Sesungguhnya Allah telah menjadikan 7 malaikat sebelum menjadikan langit dan bumi setiap langit ada seorang malaikat dan setip pintu ada penjaganya dari mereka".

Malaikat yang mencatat amal akan mencatat amal seseorang hamba itu dari pagi hingga ke petang dan kemudiannya membawa naik ke langit amalnya dengan bercahaya bagaikan matahari hingga sampai ke langit dunia dengan perkiraan amal seorang hamba itu cukup baik dan banyak,tiba-tiba malaikat berkata"berhentikan dan lemparkan amalan itu ke muka orangnya dan katakan semoga allah ta'ala tidak mengampunkan padamu,aku bagaikan ghibah,sedang ia selalu mengibah orang-orang muslim kerana itu aku tidak mengizinkan ia melintasi tempat ini kepada lain-lainku".lalu malaikat hafadhah yang lainya membawa naik amal hamba lain yang bercahaya terang sampai ke langit kedua.malaikat berkata"berhenti!dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakan bahawa Allah SWT tidak mengampunkan baginya sebab ia beramal untuk mencari kemewahan dunia".berkata lagi malaikat tersebut:"Aku adalah bahagian urusan dunia,aku tidak dapat membiarkan amalnya melintasi daripadaku".setelah itu naiklah pula malaikat yang membawa amal hamba yang dihiasi dengan sedekah dan sembahyang,sampai kagum malaikat hafadhah,apabila sampai ke langit yang ketiga,maka berkatalah malaikat di situ:"Berhenti!dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakan bahawa allah swt tidak mengampunkan baginya".berkata malaikat itu lagi:"Aku adalah bahagian sombong,dan setiap orang yang beramal tetapi meyombongi orang di  majlis-majlis mereka,maka Allah SWT telah menyuruh aku tidak melepaskan amal orang itu melebihiku kepada yang lain".Kemudian malaikat hafadhah amal orang yang berkilauan bagaikan bintang kerana ia bertasbih dan berpuasa,apabila sampai di langit yang keempat lalu berkata malaikat disitu:"Berhenti!Lemparkan amal orang itu ke mukanya dan berkata padanya Allah SWT tidak mengampunkan baginya".berkata malaikat itu lagi."Aku adalah bahagian bangga diri.Allah SWT yang menyuruh aku supaya tidak membiarkan amalnya melebihiku kepada orang lain".lalu dilemparkan amal orang itu ke mukanya dan disertai dengan kutukan laknat selama tiga hari.Setelah itu naik pula malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dihantar oleh malaikat bagaikan pengantin yang akan dihantar kepada isterinya.lalu sampai ke langit yang ke lima,penuh jihad sembahyang.kemudian berkata malaikat yang bertugas di situ"Berheti dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan pikulkan atas bahunya.sebab dahulu dia menghasut orang yang belajar bab beramal kepada Allah SWT.dia hasad dengki pada mereka dan selalu mancaci mereka."maka dipikulkan di atas bahunya sambil dilaknat seumur hidupnya.kemudian datang lagi malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dilengkapi dengan wuduk dan sembahyang malam yang banyak.apabila sampai ke langit yang ke enam maka berkata malaikat yang bertugas di situ katanya."Berhenti!Lemparkan amal orang itu ke mukanya.,"berkata malaikat itu lagi.:"Aku adalah malaikat bahagian rahmat,orang itu tidak mempunyai rasa rahmat pada sesiapa pun.bahakan bila ia melihat orang terjerumus ke dalam lembah dosa atau bahaya dia mengejek dan mencemuh orang itu.dan Allah SWT telah menyuruh aku supaya amalannya tidak boleh melampaui aku ".datang malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang penuh dengan kejujuran,kerajinan,warak dan bercahaya bagaikan kilat.setelah sampai ke langit yang ketujuh maka berkatalah malaikat yang bertugas di situ:"Berhenti!Lemparkan amal orang itu ke mukanya dan tutup hatinya.aku adalah malaikat bahagian hijab,menutup jalan pada amal yang bukan kerana Allah Ta'ala.sebab dia hanya menginginkankedudukan dan nama di maljlis dan di kota-kota.oleh itu,aku telah diperintahkan oleh allah swt supaya tidak melepaskan amalt itu melebihi daripada aku".Kemudian datang malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang berhias dengan akhlak,suka berdiam diri dengan zikir yang banyak.amalannya dihantar oleh malaikat sampai dibawah arsy .lalu mereka bersaksi diatas semua amal itu.kemudian Allah SWT berfirman :" Kamu mencatat amal hambaku dan aku yang mengawasi hatinya.dan dia tidak beramal untuk keredhaan-ku,dia beramal untuk selain-ku.maka dia mendapat laknat(kutukan-ku)."berkata semua malaikat yang menyaksikan tadi:memang selayaknya dia mendapat laknat-mu dan laknat kami."berkata penduduk langit:"ia mendapat Allah SWT dan laknat tujuh petala langit dan bumi serta laknat kami"setelah mendengar apa yang Rasulullah SAW meceritakan itu maka Mu'adz pun menangis dan ia bertanya:"ya Rasulullah!apakah yang harus aku buat?"Rasulullah SAW berkata:hai Mua'dz ikutilah jejek nabimu dan teguhkan keyakinanmu walaupun amalanmu kurang.hentikanlah lidahmu dari berkata-kata hal saudaramu.hendaklah selalu ingat akan dosa-dosamu dan jangan kamu tangguhkan dosa itu pada  orang lain(yakni jika kamu bersalah jangan menuduh orang lain).jangan memuji-muji dirimu dengan menghina orang lain.dan jangan sombong diri dengan merendahkan saudara-saudaramu.dan jangan beramal untuk dilihat atau dipuji oarang(riak)".   

Saturday, December 18, 2010

adab terhadap al-quran

assalamualaikum dan salam ukhuwah.mari baca artikel ini!

al quran
Pada entri kali ini saya ingin berkongsi nota ringkas tentang Adab Terhadap al-Quran yang diambil dari buku “at-Tibyan Fi Adab Hamlatul Quran”

  1. Beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian al-Quran adalah keunggulan yang tertinggi.
  2. Merupakan mukjizat terbesar Rasulullah S.A.W.
  3. Berwudhu’ terlebih dahulu sebelum membaca atau mengambil mushaf al-Quran.
  4. Mengambil dengan menggunakan kedua tangan secara sopan.
  5. Membawa al-Quran dengan tangan kanan serta ditinggikan melebihi dari paras pusat.
  6. Meletakkan al-Quran di tempat yang lebih tinggi dari tempat kaki berpijak/lantai.
  7. Membaca dalam keadaan suci daripada najis .
  8. Duduk menghadap Qiblat jika suasana memungkinkan.
  9. Membuka mushaf dengan tangan kanan.
  10. Memakai pakaian yang menutup aurat, cantik, kemas dan bersih.
  11. Memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.
  12. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  13. Elakkan dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca al-Quran.
  14. Jangan bergurau dan bermain-main ketika membaca al-Quran.
  15. Berada dalam keadaan tenang dan duduk dengan penuh tertib.
  16. Berusaha untuk memahami ayat-ayat yang dibaca dan mengamalkannya.
  17. Menjaga hak setiap huruf sehingga jelas dan betul sebutannya.
  18. Membaca mengikut tertib mushaf.
  19. Berhenti membaca apabila terasa mengantuk dan menguap.
  20. Membaca al-Quran di tempat yang bersih dan suci.
  21. Memulakan bacaan dengan isti’azah dan disudahi dengan membaca : صَــدَ قَ الـلّـــــــــهُ الْــعَــظِــيْـــمُ
  22. Tutup al-Quran dengan tangan secara sopan dan mengembalikannya ke tempat yang terhormat dan bersih.

Saturday, November 6, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.     Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.      Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.     Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..          Wajburnii (tutuplah aib-aibku)             Warfa'nii (angkatlah darjatku)             Warzuqnii (berilah aku rezeki)             Wahdinii (berilah aku petunjuk)             Wa'Aafinii (sihatkan aku)              Wa'fuannii (maafkan aku)      Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita  betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.